Profil

Pusat Jagaan Baitul Mahabbah Al Hashimi (PJBMA) adalah sebuah pusat jagaan yang berkonsepkan kebajikan menaungi seramai lebih seratus lima puluh orang pelajar yang terdiri dari kalangan anak yatim, fakir dan miskin, anak-anak istimewa, remaja insaf, asnaf zakat dan anak-anak yang memerlukan pembelaan samada peringkat rendah atau menengah. Anak-anak tersebut diasramakan dan diberi pendidikan dan kasih sayang yang diperlukan untuk keselamatan dan kesejahteraan dunia dan Akhirat.

PJBMA bernombor pendaftaran RA 0017690-K telah memulakan operasinya pada bulan Februari 2010 di No.145, Jalan Sri Emas 3, Taman Desa Sri Emas, 06300 Kuala Nerang, Kedah Darul Aman dan sekarang ini telah membuka cawangannya di alamat LOT 1217, BENDANG PELAI, MUKIM BELIMBING KIRI,JALAN PADANG SANAI, 06300 KUALA NERANG,KEDAH DARUL AMAN.

Bermula dari hasrat seorang hamba Allah ingin memanafaatkan tanah kebunnya seluas 1 relung (0.67 ekar) untuk dijadikan tempat pendidikan anak-anak tersebut maka telah dibina sebuah asrama dan surau untuk penempatan anak-anak seramai lebihkurang 25 orang.

Kami juga merancang untuk menyediakan kawasan pertanian dan kolam ternakan ikan untuk aktiviti mereka selain dari kelas fardhu ‘ain, pengajian Al Quran dan asas-asas akademik untuk melahirkan remaja-remaja yang kuat hubungan dengan Tuhan (Hablum minallah) dan sangat memberi manafaat kepada manusia (Hablum minannas).

OBJEKTIF

v Melahirkan generasi yang seimbang pembangunan rohani dan jasmani bermodalkan cinta dan takut Tuhan.

v Melahirkan insan yang memiliki jati diri yang teguh dan tidak goyah dalam menempuh arus globalisasi yang semakin mencabar.

v Membela golongan yang memerlukan agar mendapat kasih sayang dan didikan yang sepatutnya.

v Membimbing remaja yang telah tersasar kepada kebenaran dan memberi sinar harapan.

v Menjadi wadah untuk golongan berada dan yang kurang bernasib baik saling bantu membantu kearah masyarakat harmoni dan penuh keberkatan.

2 comments:

  1. Pusat Jagaan Baitul Mahabbah Al Hashimi
    Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Pn Sakinah 0174461037 / 0167023037

    ReplyDelete
  2. Pusat Jagaan Baitul Mahabbah Al Hashimi
    Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Pn Sakinah 0174461037 / 0167023037

    ReplyDelete