Pusat Jagaan Baitul Mahabbah Al Hashimi

Pusat Jagaan Baitul Mahabbah Al Hashimi (PJBMA) adalah sebuah pusat jagaan yang berkonsepkan kebajikan menaungi seramai lebih seratus lima puluh orang pelajar yang terdiri dari kalangan anak yatim, fakir dan miskin, anak-anak istimewa, remaja insaf, asnaf zakat dan anak-anak yang memerlukan pembelaan samada peringkat rendah atau menengah. Anak-anak tersebut diasramakan dan diberi pendidikan dan kasih sayang yang diperlukan untuk keselamatan dan kesejahteraan dunia dan Akhirat.

PJBMA bernombor pendaftaran RA 0017690-K telah memulakan operasinya pada bulan Februari 2010 di No.145, Jalan Sri Emas 3, Taman Desa Sri Emas, 06300 Kuala Nerang, Kedah Darul Aman.

OBJEKTIF

v Melahirkan generasi yang seimbang pembangunan rohani dan jasmani bermodalkan cintadan takut Tuhan.

v Melahirkan insan yang memiliki jati diri yang teguh dan tidak goyah dalam menempuh arus globalisasi yang semakin mencabar.

v Membela golongan yang memerlukan agar mendapat kasih sayang dan didikan yang sepatutnya.

v Membimbing remaja yang telah tersasar kepada kebenaran dan memberi sinar harapan.

v Menjadi wadah untuk golongan berada dan yang kurang bernasib baik saling bantu membantu kearah masyarakat harmoni dan penuh keberkatan.

AKTIVITI & PERKHIDMATAN

v Menyediakan asrama, tempat pembelajaran, makan minum, pakaian dan segala keperluan pelajar.

v Mengadakan kelas fardhu ’ain, khidmat nasihat dan motivasi.

v Menyalurkan bantuan kepada golongsn yang memerlukan dan asnaf zakat.

v Menyediakan peluang-peluang kemahiran bagi remaja mengikut minat dan bakat

supaya mereka menjadi manusia yang bermaruah dan boleh berdikari.

v Mengadakan rehlah untuk memberi peluang mereka berhibur dan berekreasi untuk

pengisian rohani dan pembangunan jiwa mereka.

v Mengadakan persembahan kebudayaan di majlis rasmi dan tidak rasmi.

v Mengadakan aktiviti keagamaan sebagai fardhu kifayah seperti urusan jenazah,

tahlil dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment