Erti Anak Yatim Hakiki

Erti Yatim Yang Hakiki

Bukanlah yatim piatu itu semata-mata tidak ada ayah ibu,

Tetapi yatim piatu yang hakiki itu tidak ada iman dan ilmu,

Tidak ada ayah dan ibu bukan satu kesalahan,

Itu sudah takdir dari Tuhan Yang Esa,

Tidak ada siapa yang mahu,


Tetapi iman dan ilmu wajib dicari kerana ia perintah Tuhan Yang Esa,

Siapa yang tidak melakukannya adalah berdosa,

Di Akhirat masuk Neraka,

Tidak ada ayah dan ibu, kalau susah hanya didunia,


Ramai orang yang tiada ayah dan ibu tidak suka,

Kerana tidak tempat mengadu dan bermanja,

Tetapi kalau tidak ada iman dan ilmu,

Tuhan murka masuk Neraka , lagi bahaya,


Yang tidak bahaya dianggap bahaya,

Tidak ada ayah dan ibu semua orang dukacita,

Tetapi tidak ada iman dan ilmu kurang yang berdukacita,


Itulah akibatnya jika hanya dunia dikenali,

Akhirat pula tidak dikenali bahkan dilupa.


Padahal akhirat destinasi yang terakhir sekali,

Dunia hanya sementara,


Oleh itu jangan takut atau sedih tidak ada ayah dan ibu,

Dia bukan yatim piatu yng hakiki,

Tetapi takutlah jika tidak ada iman dan ilmu,

Kerana ia merupakan yatim piatu yang hakiki,

Siapa yang menjadi yatim piatu yang hakiki,

Di Akhirat amat malang sekali.....

Gambar-Gambar





Profil

Pusat Jagaan Baitul Mahabbah Al Hashimi (PJBMA) adalah sebuah pusat jagaan yang berkonsepkan kebajikan menaungi seramai lebih seratus lima puluh orang pelajar yang terdiri dari kalangan anak yatim, fakir dan miskin, anak-anak istimewa, remaja insaf, asnaf zakat dan anak-anak yang memerlukan pembelaan samada peringkat rendah atau menengah. Anak-anak tersebut diasramakan dan diberi pendidikan dan kasih sayang yang diperlukan untuk keselamatan dan kesejahteraan dunia dan Akhirat.

PJBMA bernombor pendaftaran RA 0017690-K telah memulakan operasinya pada bulan Februari 2010 di No.145, Jalan Sri Emas 3, Taman Desa Sri Emas, 06300 Kuala Nerang, Kedah Darul Aman dan sekarang ini telah membuka cawangannya di alamat LOT 1217, BENDANG PELAI, MUKIM BELIMBING KIRI,JALAN PADANG SANAI, 06300 KUALA NERANG,KEDAH DARUL AMAN.

Bermula dari hasrat seorang hamba Allah ingin memanafaatkan tanah kebunnya seluas 1 relung (0.67 ekar) untuk dijadikan tempat pendidikan anak-anak tersebut maka telah dibina sebuah asrama dan surau untuk penempatan anak-anak seramai lebihkurang 25 orang.

Kami juga merancang untuk menyediakan kawasan pertanian dan kolam ternakan ikan untuk aktiviti mereka selain dari kelas fardhu ‘ain, pengajian Al Quran dan asas-asas akademik untuk melahirkan remaja-remaja yang kuat hubungan dengan Tuhan (Hablum minallah) dan sangat memberi manafaat kepada manusia (Hablum minannas).

OBJEKTIF

v Melahirkan generasi yang seimbang pembangunan rohani dan jasmani bermodalkan cinta dan takut Tuhan.

v Melahirkan insan yang memiliki jati diri yang teguh dan tidak goyah dalam menempuh arus globalisasi yang semakin mencabar.

v Membela golongan yang memerlukan agar mendapat kasih sayang dan didikan yang sepatutnya.

v Membimbing remaja yang telah tersasar kepada kebenaran dan memberi sinar harapan.

v Menjadi wadah untuk golongan berada dan yang kurang bernasib baik saling bantu membantu kearah masyarakat harmoni dan penuh keberkatan.

Pelan Pembangunan












Jadual Harian Pelajar PJBMA


Jadual Harian Pelajar PJBMA

0500 pg – 0600 pg Tahajjud / Selawat / Solat Subuh
0600 pg – 0645 pg Tadarrus Al Quran
0645 pg – 0710 pg Berkemas / Persiapan Kelas
0710 pg - 0720 pg Perbarisan / Nasyid
0720 pg - 0930 pg Kelas Pengajian Fardhu ‘Ain
0930 pg - 0945 pg Sarapan Pagi
0945 pg - 1100 pg Kelas Pengajian Asas Akademik
1100 pg - 1130 pg Tugasan Berkumpulan
1130 pg - 1230 tgh Qailulah
1230 tgh – 0200 ptg Persiapan Solat Zohor / Selawat / Solat Zohor
0200 ptg – 0230 ptg Makan Tengahari
0230 ptg – 0300 ptg Mengaji Al Quran
0300 ptg – 0400 ptg Aktiviti Kemahiran (Latihan Nasyid/Ekonomi)
0400 ptg – 0500 ptg Persiapan Solat Asar / Selawat / Solat Asar
0500 ptg – 0515 ptg Minum Petang
0515 ptg – 0630 ptg Aktiviti Riadhah / Biro (Pertanian & Ekonomi)
0630 ptg – 0700 mlm Mandi / Persiapan Solat Maghrib
0700 mlm – 0815 mlm Selawat / Solat Maghrib / Tazkirah Ringkas
0815 mlm – 0915 mlm Persiapan Solat Isya’ / Selawat / Solat Isya’
0915 mlm – 0945 mlm Makan Malam
0945 mlm – 1100 mlm Tazkirah / Ulangkaji / Tayangan Umum
1100 mlm – 0500 pg Tidur

Lesen Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia

Renungan

Anehnya Sejarah

Aneh sekali sejarah paparkan kepada kita,
Banyak tokoh-tokoh Islam dari kalangan yang menderita,
Banyak di kalangan fakir miskin menjadi tokoh,
Tidak kurang dari golongan yatim piatu pula,

Rasulullah namanya terkenal anak yatim piatu,
Miskin pula, musuhnya banyak merata-rata,
Berpindah randah mencari perlindungan,
Tapi kejayaan membawa kebenaran tiada taranya,

Sayidina Ali orangnya miskin sejak kecilnya,
Wajahnya pula tidaklah cantik,
Tapi ilmunya banyak, waraknya luar biasa,
Jihadnya tiada tandingan,
Jasanya kepada Islam sangat banyaknya,

Imam Syafi’i yang terkenal namanya,
Imam mujtahid yang tiada tandingannya,
Ilmu banyak jadi warisan kita,
Waraknya ketara di masa hidupnya,

Tapi dia siapa?
Dia kan anak yatim, ibunya miskin pula,
Hidupnya berpindah randah merata-rata,
Di situlah kejayaannya membawa ilmu dan taqwa,

Lihatlah Imam Ghazali Mujaddid kelima,
Ahli sufi, feqah dan falsafah,
Ilmunya dimanfaatkan hingga kini,
Dia seorang yang miskin,
ayahnya mati sebelum dewasanya...

Ilmu dan Pendidikan Membangunkan Insan

Kalaulah pendidikan pada golongan ini bertepatan dengan cara pendidikan Rasulullah, tidak mustahil akan berlaku kembali sejarah di mana dari anak-anak yatim dan susah inilah kebanyakan lahirnya tokoh-tokoh besar. Pendidikan yang tepat, iaitu yang membentuk insan-insan yang menjadikan agama Islam adalah segalanya, akan membuat mereka menjadi bagaikan orang yang kaya iaitu bila mana mereka kaya dengan ilmu dan akhlak. Hati yang sentiasa terpaut dengan Allah yang Maha Kaya, akan menjadikan mereka sentiasa merasa cukup walaupun dalam apa jua keadaan.

Pusat Jagaan Baitul Mahabbah Al Hashimi memberikan tumpuan utama untuk menerapkan sistem pendidikan yang dapat membangunkan roh, akal serta mendidik nafsu mereka secara serentak. Diharapkan pendidikan ini dapat menghantar mereka menjadi insan-insan bertaqwa yang mempunyai ilmu, kemahiran, pengalaman yang cukup untuk menjadi peniaga / teknokrat / ahli profesional yang berwibawa.

Laman Utama

Blog ini masih dalam proses pembikinan. Segala pertanyaan atau sebarang kemusykilan sila email ke pjbma145@yahoo.com.

Sekian.

Pusat Jagaan Baitul Mahabbah Al Hashimi

Pusat Jagaan Baitul Mahabbah Al Hashimi (PJBMA) adalah sebuah pusat jagaan yang berkonsepkan kebajikan menaungi seramai lebih seratus lima puluh orang pelajar yang terdiri dari kalangan anak yatim, fakir dan miskin, anak-anak istimewa, remaja insaf, asnaf zakat dan anak-anak yang memerlukan pembelaan samada peringkat rendah atau menengah. Anak-anak tersebut diasramakan dan diberi pendidikan dan kasih sayang yang diperlukan untuk keselamatan dan kesejahteraan dunia dan Akhirat.

PJBMA bernombor pendaftaran RA 0017690-K telah memulakan operasinya pada bulan Februari 2010 di No.145, Jalan Sri Emas 3, Taman Desa Sri Emas, 06300 Kuala Nerang, Kedah Darul Aman.

OBJEKTIF

v Melahirkan generasi yang seimbang pembangunan rohani dan jasmani bermodalkan cintadan takut Tuhan.

v Melahirkan insan yang memiliki jati diri yang teguh dan tidak goyah dalam menempuh arus globalisasi yang semakin mencabar.

v Membela golongan yang memerlukan agar mendapat kasih sayang dan didikan yang sepatutnya.

v Membimbing remaja yang telah tersasar kepada kebenaran dan memberi sinar harapan.

v Menjadi wadah untuk golongan berada dan yang kurang bernasib baik saling bantu membantu kearah masyarakat harmoni dan penuh keberkatan.

AKTIVITI & PERKHIDMATAN

v Menyediakan asrama, tempat pembelajaran, makan minum, pakaian dan segala keperluan pelajar.

v Mengadakan kelas fardhu ’ain, khidmat nasihat dan motivasi.

v Menyalurkan bantuan kepada golongsn yang memerlukan dan asnaf zakat.

v Menyediakan peluang-peluang kemahiran bagi remaja mengikut minat dan bakat

supaya mereka menjadi manusia yang bermaruah dan boleh berdikari.

v Mengadakan rehlah untuk memberi peluang mereka berhibur dan berekreasi untuk

pengisian rohani dan pembangunan jiwa mereka.

v Mengadakan persembahan kebudayaan di majlis rasmi dan tidak rasmi.

v Mengadakan aktiviti keagamaan sebagai fardhu kifayah seperti urusan jenazah,

tahlil dan sebagainya.